A. Samad Said merupakan satu nama besar yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia tidak kiralah orang dewasa mahupun remaja, apa lagi bagi para penggemar karya kesusasteraan Melayu. Sasterawan Negara yang satu ini mampu menguasai kesemua genre sastera sehingga membolehkan beliau menghasilkan karya sastera dengan genre yang pelbagai. Buktinya, novel salina adalah sangat berbeza daripada karya novel mahupun cerita pendek yang ditulis oleh tokoh ini.
Selain sumbangan terhadap
penulisan novel dengan genre yang berlainan, Datuk A. Samad Said turut
menyumbang dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan. Sumbangan
tersebut nyata sekali sangat bermakna dalam perkembangan kesusasteraan Melayu
di Malaysia khususnya, menyebabkan beliau diberikan pelbagai anugerah dan
pengiktirafan. Contohnya, beliau diiktirafkan sebagai pejuang sastera,
dianugerahkan Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Write Awards) sehingga
akhirnya diiktiraf sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1985.Pada tahun 1997,
beliau akhirnya dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa
gelaran “Datuk” oleh Yang Dipertua Negeri Melaka (Pustaka, 2019) .
Bukan itu sahaja, Datuk A.
Samad Said juga merupakan tokoh yang menyumbang dalam kesinambungan
kesusasteraan Melayu dengan menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya.
Hal ini sudah tentulah sangat bermakna dari sudut pandangan bidang
kesusasteraan Melayu memandangkan Angkatan Sasterawan 50 atau singkatnya ASAS
50 bertujuan bagi mempertingkatkan martabat kesusasteraan dan tidak lupa juga
kebudayaan Melayu itu sendiri, mentransformasikan sastera Melayu tanpa
melenyapkan unsur-unsur sastera lama serta mempopularkan lagi bidang penulisan.
Maka, sememangnya jelas kelihatan sumbangan dan peranan tokoh ini dalam bidang
kesusasteraan Melayu melalui ASAS 50.
Anugerah Sasterawan Negara Keempat
Karya-karya hasil tulisan
Datuk A. Samad Said kesemuanya mengandungi unsur didaktik atau dalam perkataan
mudahnya pengajaran. Hal ini adalah antara lain sumbangan tokoh ini kepada
kesusasteraan Melayu. Kenapa? Sudah tentu kerana karya sastera yang memberikan
pengajaran kepada para pembaca akan menimbulkan suatu kesedaran terhadap
perkara berkenaan. Perlu diingat bahawa hasil coretan seorang penulis terkenal
seperti karya Datuk A. Samad Said ini bukan sahaja dibaca oleh golongan dewasa
tetapi turut menjadi pilihan para remaja terutama mereka yang gemar membaca. Maka,
novel Salina dan Sungai Mengalir Lesu contohnya dapat memberi suatu impak
kepada pembaca kesan daripada garapan jalan cerita yang mengandungi pelbagai
peristiwa untuk diambil sebagai pengajaran.
Datuk A. Samad Said juga
menyumbang dalam penggunaan diksi atau bahasa yang indah. Hal ini sudah
tentulah sangat penting memandangkan dalam bidang sastera, elemen bahasa adalah
suatu perkara yang memainkan peranan besar bagi menimbulkan suatu makna sesuai
dengan pemikiran penulis. Walaupun terdapat banyak lagi tokoh-tokoh lain
seperti Shanon Ahmad dan Othman Puteh umpamanya yang turut sama berupaya
menghasilkan karya sastera dengan penggunaan bahasa indah tetapi tidak dapat
dinafikan bahawa laras bahasa Datuk A. Samad Said adalah berbeza (Din, 2014) .
Datuk A. Samad Said juga melalui
karya-karyanya berjaya memupuk budaya cintakan ilmu sastera dalam kalangan
anak-anak muda terutama mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis.
Hal ini sesuai dengan kata-kata tokoh ini yang diambil daripada buku biografi
A. Samad Said yang berbunyi sedemikian “Nak jadi penulis, kena rajin membaca” (Abdullah, 2001) . Akhir sekali, Datuk
A. Samad Said memberikan sumbangan paling besar dalam bidang kesusasteraan
Melayu dengan memartabatkan nilai sastera di dalam dan luar negara. Hal ini jelas terbukti melalui terjemahan karya hebatnya
– Salina dalam beberapa bahasa lain termasuklah Perancis dan English. Perkara
ini sekaligus telah mengangkat kesusasteraan Melayu di mata dunia sehingga
orang luar dapat mengetahui bahawa kesusasteraan Melayu tidak kurang hebatnya
jika dibandingkan dengan bidang sastera luar.
Antara Sumbangan A. Samad Said
Rujukan:
Abdullah, A. (2001). Biografi Sasterawan Negara A. Samad said. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Din, G. (2014). Penulisan Kreatif. Seri Kembangan: Meteor doc. Sdn. Bhd.
Pustaka, D. B. (24 Mac, 2019). A. Samad Said Sasterawan Negara ke-4 (1985). Retrieved from KlikWeb DBP: Https://www.klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4768
boleh tak saya nak tahu lagi sumbangan samad said ni lagi
ReplyDelete