Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara
disebabkan oleh hasil karya-karyanya yang menarik, beliau begitu mementingkan tentang
ketelitian dan kecermatannya semasa mengarang menyebabkan karyanya itu sangat menarik
dan dipenuhi dengan pesanan yang mendalam kepada pembaca. Bermula detik alam persekolahan
sehingga kini A. Samad Said tidak jemu dalam menghasilkan puluhan karya dalam
genre novel, puisi, drama, cerpen dan esei untuk mewarnakan dunia sastera dipersada
tanah air dan antarabangsa.
Antara pencapaian terbesar A. Samad Said dalam
meperkaya dan memartabatkan kesusasteraan melayu beliau mendapat penghargaan kerjaan
apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera
(1967), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985) dan Anugerah Sasterawan
Nusantara (1999). Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said
telah dianugerahkan darjat kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk
pada tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka (Dewan Sastera Ogos
2003).
Sewaktu Penganugerahan Datuk
Pencapaian A. Samad Said ini telah menjadi satu kebanggaan
kepada Negara kerana beliau mempunyai bakat yang luar biasa disebabkan oleh teknik-teknik beliau menghasilkan karya dan kreativiti disebalik
ideanya membuatkan beliau disanjung tinggi kerana telah mengharumkan nama negara.
Perkembangan bidang sastera meluas apabila beliau diiktiraf sebagai Sasterawan
Negara kerana ramai yang mula tertarik dengan hasil karya-karya yang
diterbitkan oleh beliau dan sehingga kini nama A. Samad Said masih lagi menjadi
sebutan dan dikenali ramai.
No comments:
Post a Comment